Followers

Wednesday 3 August 2011

Sistem Semak Semula Keputusan STPM 2010

Sistem Semak Semula Keputusan STPM 2010


(MUET) PINDAH/TUMPANG PUSAT DAN TUKAR TARIKH SPEAKING MUET PERTENGAHAN TAHUN 2011

  PINDAH/TUMPANG PUSAT DAN TUKAR TARIKH SPEAKING MUET PERTENGAHAN TAHUN 2011

SEMAK SEMULA KEPUTUSAN MUET Pertengahan Tahun 2011

SEMAK SEMULA KEPUTUSAN MUET
Pertengahan Tahun 2011

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA 2011 Laporan Pendaftaran Kemasukan Calon (LPKC)

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA 2011
Laporan Pendaftaran Kemasukan Calon (LPKC) 

MUET Mid-Year 2011 Result


MALAYSIAN UNIVERSITY ENGLISH TEST (MUET)
Mid-Year 2011 Result
 

Peringatan !!!

perhatian kepada pelajar stpm 2011... sesiapa yang gagal dlm matapelajaran matematik di peringkat SPM adalah DINASIHATKAN untuk mengambil PAPER JULY... kerana lulus dalam matapelajaran Matematik adalah sgt penting dlm membuat permohonan ke universiti...(berdasarkan pengalaman rakan saya sendiri...)

Jadual PTPTN 2011 (kelompok satu dan dua)

Jadual Proses IPTA 29062011 PTPTN (pdf.)

Monday 9 May 2011

Semakan Tawaran ke Tingkatan Enam

 Sila  tekan  di  sini 

Friday 15 April 2011

Mid-Year Mid-year Malaysian University English Test (mid-year MUET 2011)

wish u ol da best 4 those who taking Mid-year Malaysian University English Test on Saturday (writing,reading & listening component).
p/s:please,dont TOO trust on prediction of da question.Just be prepared,calm,&stay cool.don't 4get 2 take ur breakfast bcoz it'll be a long 'journey'4tomorrow.Chaiyok!(please,dont eat petai/jering bcoz if u want 2 do some 'wind-explode' every1 around u'll be affected,or just go 2 toilet,it'll be more 'safe' 4 everyone.T_T)

Thursday 7 April 2011

KALENDAR PEPERIKSAAN STPM DAN MUET 2011

SISTEM PENDAFTARAN PEPERIKSAAN ONLINE

SILA KLIK DI SINI UNTUK KE SISTEM PENDAFTARAN ONLINE

Seni Visual STPM 2011 Kertas 3 (Projek Penghasilan Karya)

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA

(MALAYSIAN EXAMINATIONS COUNCIL)

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA

(MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE)


Arahan kepada calon:

Arahan Kerja Kursus dan Soalan Kerja Kursus Seni Visual.

Anda dikehendaki membaca arahan yang diberikan dengan teliti sebelum memulakan projek
penghasilan karya anda.

Ada empat pilihan soalan kerja kursus yang dikemukakan. Anda dikehendaki memilih satu
soalan sahaja.


ARAHAN KERJA KURSUS
Arahan Penyediaan Projek Penghasilan Karya
Penyediaan Portfolio dan Hasil Karya

Kerja kursus ini memerlukan calon membuat portfolio dan hasil karya seperti yang berikut:

1.1 Portfolio (wajaran 50%)
(a) Satu portfolio sahaja yang perlu disediakan.
(b) Saiz portfolio ialah 28 cm × 38 cm daripada jenis kertas lukisan (kertas kartrij).
(c) Portfolio hendaklah mengandungi dokumentasi bertulis dan bergambar tentang
keseluruhan proses pengkaryaan atau perekaan.
(d) Portfolio hendaklah mengandungi perihalan, ilustrasi, dan lakaran, gambar, dan
rujukan seperti yang dikehendaki oleh soalan kerja kursus yang berkenaan.
(e) Kandungan portfolio hendaklah ditaip dengan menggunakan komputer. Jenis fon
untuk teks ialah Times New Roman dengan saiz 12 poin.
(f) Tulisan kreatif yang sesuai boleh digunakan untuk kapsyen atau penerangan
ringkas dalam portfolio.
(g) Gambar langkah-langkah semasa proses penghasilan karya hendaklah disertakan
pada bahagian akhir portfolio.
(h) Pada muka depan kulit portfolio, butiran nama mata pelajaran, kod kertas,
nombor pusat, angka giliran, nombor kad pengenalan, dan nombor
soalan kerja kursus hendaklah ditaip dengan menggunakan komputer.
(lihat Lampiran A).
(i) Kulit portfolio mestilah kemas dan ringkas serta tidak perlu dihiasi atau
ditampal dengan bahan asing (kolaj).
(j) Portfolio hendaklah dijilid secara comb binding.
1.2 Hasil karya (wajaran 50%)
(a) Hasil karya hendaklah dibuat dalam bentuk dua dimensi (2D) atau tiga dimensi
(3D) mengikut spesifikasi  yang ditetapkan bagi setiap soalan kerja kursus.

(b) Bahan berbahaya seperti kaca, besi atau dawai yang tajam, bahan beracun (toksik),
bahan cecair, dan bahan mudah pecah tidak boleh digunakan untuk menghasilkan
karya.
(c) Unsur sensitif yang menyentuh aspek budaya, kaum, jantina, agama, dan politik
tidak dibenarkan sama sekali digunakan dalam hasil karya.
(d) Hasil karya hendaklah dilabel dengan butiran nama mata pelajaran, kod kertas,
nombor pusat, angka giliran, nombor kad pengenalan, dan nombor soalan
kerja kursus (lihat Lampiran A).
Peraturan dalam Penghasilan Karya

2.1 Kerja kursus hendaklah dijalankan secara individu dengan bimbingan dan penyeliaan
oleh guru Seni Visual.
2.2 Dalam proses penyediaan portfolio dan penghasilan karya, calon tidak dibenarkan
sama sekali mendapatkan bantuan amali daripada orang lain.
2.3 Calon hendaklah menghasilkan karya mengikut kreativiti sendiri. Walau bagaimanapun, saiz hasilkarya
mestilah mengikut spesifikasi yang ditentukan bagi soalan kerja kursus yang dipilih.
2.4 Sekiranya terdapat bukti bahawa portfolio dan/atau hasil karya yang dihantar itu bukan
hasil kerja calon yang sebenar
, keputusan peperiksaan calon bagi mata pelajaran Seni Visual akan dibatalkan.



SOALAN KERJA KURSUS

Calon hendaklah memilih satu daripada empat soalan yang berikut:

PENGKARYAAN

Hasilkan sebuah karya seni visual yang bertemakan “Keharmonian”. Hasil karya anda
hendaklah menggunakan teknik hard edges dengan menggabungkan rupa huruf dan rupa geometri.
Persembahan karya hendaklah dalam bentuk dua dimensi (2D) atau tiga dimensi (3D). Bagi yang
memilih bentuk tiga dimensi (3D), teknik luakan boleh digunakan.

Hasil karya dua dimensi (2D) hendaklah berukuran tidak melebihi 40 cm × 60 cm. Hasil karya
tiga dimensi (3D) pula hendaklah berukuran tidak melebihi 40 cm tinggi, 25 cm panjang, dan 25 cm lebar.

Portfolio karya seni hendaklah mengandungi

• kajian dan penyelidikan berdasarkan tema
• lakaran perkembangan idea
• lakaran akhir
• kajian media dan teknik
• pengolahan aspek-aspek komposisi dalam gubahan karya
• rujukan dan sumber maklumat
Nota: Semua proses yang dijalankan untuk menghasilkan karya perlu didokumentasikan mengikut urutan.

Hasil karya hendaklah diberi penekanan dari aspek

• ketepatan tema dan makna
• penerokaan media dan teknik
• pengolahan aspek komposisi
• keaslian
• kemasan
Nota: Karya hendaklah dihasilkan secara manual.


PENGKARYAAN

Hasilkan sebuah karya seni visual yang bertemakan “Kasih Ibu”. Hasil karya anda hendaklah
menggunakan bahan yang sesuai dengan tema. Persembahan karya hendaklah dalam bentuk relif
atau tiga dimensi (3D).

Hasil karya relif hendaklah berukuran tidak melebihi 40 cm ×
60 cm. Hasil karya tiga dimensi (3D) pula hendaklah berukuran tidak melebihi 40 cm tinggi, 25 cm panjang, dan 25 cm lebar.

Portfolio karya seni hendaklah mengandungi

• kajian dan penyelidikan berdasarkan tema
•lakaran perkembangan idea
•lakaran akhir
•kajian media dan teknik
•pengolahan aspek-aspek komposisi dalam gubahan karya
•rujukan dan sumber maklumat
Nota: Semua proses yang dijalankan untuk menghasilkan karya perlu didokumentasikan mengikut urutan.

Hasil karya hendaklah diberi penekanan dari aspek

•ketepatan tema dan makna
•penerokaan media dan teknik
•pengolahan aspek komposisi
•pertimbangan estetik
•keaslian
•kemasan
Nota: Karya hendaklah dihasilkan secara manual.


PEREKAAN

Hasilkan sebuah reka bentuk pembungkusan pada produk kesihatan berasaskan herba tempatan
untuk golongan warga emas.

Reka bentuk tersebut melibatkan reka bentuk kotak yang kreatif, reka letak grafik pada kotak, dan reka letak grafik pada label botol plastik.

Saiz reka bentuk kotak anda hendaklah yang boleh memuatkan sebiji botol plastik untuk
500 mililiter (ml) isi padu cecair.

Portfolio perekaan hendaklah mengandungi

• permasalahan reka bentuk (design brief)
• kajian produk dan pembungkusan
• lakaran kenit (thumbnail) dan pemilihan lakaran
• lakaran komprehensif
• kajian rekaletak,imej, dan tipografi
• senarai peralatan yang digunakan
• rujukan dan sumber maklumat
Nota: Semua proses yang dijalankan untuk menghasilkan karya perlu didokumentasikan mengikut urutan.

Hasil karya hendaklah mengandungi

(i) reka bentuk pembungkusan, dengan reka letak grafik dan reka bentuk label bercetak, yang dilekatkan pada mounting board, dan
(ii) mock-up satu pembungkusan yang mengandungi sebiji botol berlabel.

Hasil karya hendaklah diberi penekanan dari aspek

• ketepatan reka bentuk dan fungsi
• kemahiran penggunaan bahan dan teknik
• aplikasi bahasa seni visual
• keaslian
• kualiti persembahan
• kemasan
Nota: Reka bentuk pembungkusan boleh dihasilkan dengan menggunakan perisian komputer grafik. Namun demikian, perisian tersebut hanya boleh digunakan untuk menghasilkan karya akhir sahaja dan calon hendaklah menyatakan perisian yang digunakan. Penggunaan Clip Art dilarang sama sekali.


PEREKAAN

Hasilkan sebuah model reka bentuk ketuhar mikrogelombang (microwave oven) yang
mempunyai dwifungsi, iaitu untuk kegunaan harian dan hiasan.

Hasil rekaan hendaklah berukuran tidak melebihi 30 cm panjang, 30 cm lebar, dan 30 cm
tinggi. Calon hendaklah menggunakan bahan yang sesuai untuk membentuk model. Hasil rekaan
hendaklah dibina dengan kukuh dan kemas.

Portfolio perekaan hendaklah mengandungi

• permasalahan reka bentuk (design brief)
• kajian maklumat
• kajian ergonomik
• lakaran dan lukisan konsep
• lukisan bentangan berskala
• lukisan terperinci berskala
• lukisan pemasangan
• lukisan lepaan (rendering)
• senarai bahan dan komponen model
• rujukan dan sumber maklumat
Nota: Semua proses yang dijalankan untuk menghasilkan karya perlu didokumentasikan
mengikut urutan.


Hasil rekaan hendaklah diberi penekanan dari aspek

• ketepatan fungsi dan nilai estetik
• penggunaan bahan dan teknik untuk model
• menepati konsep ergonomik dan ruang
• keaslian dan inovasi
• kemasan

Friday 1 April 2011

form 6 @ kisas??? boleh ke?

For those who are interested to be a Form 6 student in KISAS....

 orang cakap nak masuk KISAS ni susah,mesti ambil bahasa arab masa SPM la, tak boleh tukar or tinggalkan kisas andai dapat tawaran lain, macam2... ada juga yg siap confident cakap kena bayar yuran yang tinggi... yela..nama pun kolej... tapi,betul ke? hurm...

Ah ha!!! There is one solution to find out! Tanye la mereka sendiri... tapi macam mana nak tanya... ??? (lagi satu masalah)...
 Eh,mana ada masalah... just visit this blog  Muet Kisas   (ala...tekan je ) and then walla!!! semua nya terpapar disitu... Tak da masalah lagi kan?



Tuesday 1 March 2011

Antara Sekolah Yang Mempunyai Tingkatan 6

SMK Bandar Tasik Kesuma,Beranang,Selangor

High School Kajang, Selangor


SMJK YU HUA,KAJANG, SELANGOR


KOLE ISLAM SULTAN ALAM SHAH (KISAS)

SEKOLAH MENENGAH SULTAN ABDUL AZIZ SHAH

S.M LA SALLE KOTA KINABALU SABAH

SMK MAT SALLEH,RANAU

SMK Sultan Ibrahim (1),Kelantan

SMK Ismail Petra, Kota Bharu, Kelantan

SMK Pengkalan Chepa, Kota Bharu,Kelantan

SMK Alor Akar, Kuantan, Pahang

SMK Telok Datok,Banting,Selangor

S.M. METHODIST(ACS) ,SITIAWAN

smk dato' haji talib karim melaka

SMKA SHEIKH MALEK , K. TERENGGANU


SMK dato harun

SMK KAJANG UTAMA

SMK ARSHAD, KOTA BELUD

Sekolah Tunku Ampuan Dura,Seremban, Negeri Sembilan


smk seri balik pulau,penang
SMAP Labu


smk mahsuri langkawi

Tuesday 8 February 2011

Tarikh Peperiksaan Awam

Manakala tarikh peperiksaan untuk STPM dan MUET bagi tahun 2011 pula telah diumumkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia. Di harap paparan tarikh peperiksaan ini akan dapat membantu mereka yang ingin buat sebarang perancangan untuk tahun ini. Di samping itu menjadi panduan kepada mereka yang akan menduduki peperiksaan ini untuk membuat persiapan lebih awal. Sila tekan di sini ...

*ikhsan e-putra

Thursday 3 February 2011

permohonan kemasukan ke IPTA lepasan STPM dan STAM

Seperti umum mengetahui,permohonan kemasukan ke IPTA sesi 2011/2012 bagi program lepasan STPM/STAM 2010 telah dibuka. untuk permohonan,sila klik di sini...

pendahuluan

kami dalam proses mencari bahan...sebarang perkongsian maklumat amatlah dihargai...terima kasih...(n_n)

Wednesday 2 February 2011

PENGUMUMAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN STPM 2010

Keputusan Peperiksaan STPM 2010 akan diumumkan pada 21 Februari 2011 (Isnin). Calon-calon boleh menyemak keputusan masing-masing melalui SMS atau secara On-line mulai jam 12.00 tengah hari.

Melalui SMS 1. taip STPM<jarak>No. Kad Pengenalan dan hantar ke 36363
ATAU Melalui SMS 2. taip STPM RESULT<jarak>No. Kad Pengenalan dan hantar ke 15888
ATAU
Secara On-line di www.mpm.edu.my

Tuesday 1 February 2011

madah kata budi bicara...

hi folks!!! haha... im running this page for helping u ol search the material for STPM especially for Pengajian Am which da most wajib subject... haha...(if my MUET and BM 's teacher(s) know about this they'll kill me 'cause of my 'rojak' which really bad to be read...haha) so.. i guess thats ol for now... I'll try updated my page soon as possible... thank you meyh

Monday 10 January 2011

Pendaftan Peperiksaan STPM 2011

Saturday 8 January 2011

Pendaftaran MUET pertengahan tahun 2011

Tekan ni pulak...

Powered By Blogger